Tuesday, September 2, 2008

Aku, Karl dan Godaan

Assalamualaikum,




Hari ini aku tak berbuka puasa seorang diri,seperti tahun lepas aku ditemani oleh Karl. Aku paling benci pergi ke bazzar ramadhan. BR. Haha! as i would call it. Aku rasa tempat tu penuh dengan godaan dan aku adalah manusia yang paling senang di'tempted' dengan makanan. Dengan duit ku yang tak pernah cukup, aku dah pening mengira-ngira apa yang mahu ku beli. Andai beli yang ini yang itu tak cukup duit pulak nak beli. Aih,,
Jadi akhirnya ini yang aku beli,,


Satu untuk Karl, satu untuk aku!. Benda ni namanya Roti Goreng.Sedap ni, aku mula meminati benda ni masa aku sekolah menengah dulu. Mak tiri aku suka beli benda ni and bila aku try, sedap lak. Pastu bila aku masuk kolej, aku dah tak jumpa benda nih, until last year di BR Kelana Jaya,waah! aku memang suka benda ni cuma yang aku kureng pasal benda ni, is that ianya sangatlah berminyak, membuatkan aku rasa kenyang dan muak makan benda ni je. Tapi aku tak berani cakaplah sekarang,tatkala melihat roti goreng yang cukup menggiurkan!..Waah!.

Ni aku rasa sekali tengok, semua orang tau mende ni. Ni lah antara kuih favourite aku. Kuih keria!. Dulu aku panggil ni donat kecik,pastu kena gelak dengan mak aku.. :) .
Heh, still my favourite till now.
Sekarang kita tengok apa yang Karl beli untuk diri dia.


Bingka ubi. Aku takde perasaan pabila melihat kuih ni. Tapi aku sekarang kuat makan, asal sedap bantai je la!. Karl ada beli something else tapi aku tak tahu mende namanya. Hee.





Rangka ayam goreng Ni klasik pasar malam. Tapi antara kesukaan ramai jugaklah.
Tak sabar rasanya aku nak ratah mende alah ni!!

Untuk air pulak, aku serahkan pada Karl nak beli air apa. Bermakna itu semua ikut lidah dia. Hari ni lidah merah milik si Karl nak rasa



Air asam boi!!

Haha, selamat berbuka!

Monday, September 1, 2008

Fasting and Berbuka!

Selamat Berbuka puasa,Happy fasting!

Itu saja dua bahasa yang aku reti and understood. Maaflah di atas kerojakan bahasa saya.
Hari ini adalah hari pertama umat islam berpuasa untuk tahun ini. Kini saya di cyber cafe sambil menghabiskan masa yang ada sementara menunggu waktu berbuka.
Mula-mula rasanya saya ingin berbuka di rumah tapi ada sesuatu yang menganggu fikiran saya sehinggakan saya mengambil keputusan untuk berbuka puasa sendirian di luar. Sesuatu yang saya kira tidak pernah saya lakukan.
Oh,ya..apa yang ada pada saya untuk berbuka ya?
ya itu dia,,
Kurma kegemaran saya
and what's for the big course?
i'm thinking fast food..
So that its, i geuss..